IPTC Menganjurkan Seminar Ibrah Nabi Nuh

 

Pada 28 Mei 2016, satu lagi seminar kesinambungan dari seminar kisah-kisah para nabi di dalam Al-Quran telah dianjurkan oleh IPTC. Seminar ringkas, santai tetapi padat dengan ilmu dan perbahasan kisah nabi menurut Al-Quran ini diadakan di UNIKL, BMI Gombak. Dahulu IPTC menganjurkan seminar Ibrah Nabi Adam dan kali ini Seminar Ibrah Nabi Nuh. Banyak teladan dan pengajaran yang dapat dikutip dari kisah bahtera tenggelam ini. 

Kata Us. Syaari di dalam laman Facebook beliau; "Alhamdulillah, sebagaimana diramalkan, tidak semua ayat berjaya dikeluarkan mutiara di dasarnya ke permukaan lautan. Namun saya doakan sedikit yang telah dikongsikan sudah memadai untuk menaikkan rasa ghairah untuk mengaji dan membelek tafsir, membaca dan membudayakan tadabbur. Kepada semua peserta yang hadir dan terjenguk gambar ini, mohon sudi tinggalkanlah komen di sini mengenai PERKARA BARU ANDA PELAJARI DARI SEMINAR TADI untuk saya membuat penilaian umum serta manfaat buat peserta yang tak mampu hadir."

Terima kasih kepada yang hadir dan yang memilih Al-Quran sebagai kitab paling penting untuk difahami. 

Home Artikel Terdahulu Aktiviti IPTC Menganjurkan Seminar Ibrah Nabi Nuh