IPTC Anjur Seminar Percuma Ibrah Nabi Hud

Ikuti catatan Us. Syaari selepas menamatkan seminar percuma Ibrah Nabi Hud pada 12 Jun 2016.

--

Kerana masa hanya 3 jam, pembelajaran usrah Qasas Qurani mengenai ibrah Nabi Hud semalam memfokuskan kepada beberapa perkara. Alhamdulillah, saya harmonikan pendekatan kronologi dan pendekatan tema surah. 

Kronologi : Maksudnya saya mulakan perjalanan slide keynote usrah saya dari babak mengenali karakter 3 “K” kaum Aad sehinggalah babak dakwah Nabi Hud dan berakhir dengan proses azab kaum Aad. Hampir 10 "plot" rasanya kalau disusunatur. Pendekatan tafsir Maudhu’ie saya lakukan, namun hanya membataskan beberapa ayat sahaja yang boleh menyokong babak yang telah saya susun. Para peserta nyata berdebar untuk meramalkan babak seterusnya kerana kebetulan kisah Nabi Hud tidaklah sepopular Nabi Nuh dan Nabi Adam. 

Tema Surah : Namun demikian, sebelum setiap ayat saya singgung khususnya satu dua kalimah “menakjubkan” dari Al-Quran yang mampu menampakkan kita situasi sebenar kaum Aad, saya memperkenalkan kepada peserta mengenai “nature” surah yang ada babak Nabi Hud berkenaan. Saya terangkan pada mereka bagaimana kaitan situasi Makkiah ketika surah itu turun kepada Rasulullah dengan beberapa ayat penting di permulaan surah itu sendiri dan kaitannya dengan panjang pendek saiz cerita dan kepelbagaian kaedah penceritaan Nabi Hud kepada baginda.

Antara point penting saya kongsikan semalam :

1. Jika benar kaum Aad adalah generasi cicit ke 4 Nabi Nuh dan dakwaan segelintir mufassirun bahawa jarak kaum Aad tidak sampai 100 tahun dengan peristiwa banjir besar, maka MENGAPA dan BAGAIMANAKAH begitu pantas manusia boleh kembali menyembah berhala ? Seperti tidak logik begitu pantasnya manusia kembali syirik.

2. Adakah ada kaitan ayat-ayat Al-Quran yang menyebut kelebihan kaum Aad membina istana indah atas bukit untuk menyelamatkan diri dari banjir besar sekiranya berlaku lagi ? 

3. Benarkah penemuan rangka manusia gergasi di Yaman dengan kaum Aad sedangkan kajian ke atas nas seperti kalimah “husuman”, “khowiyah”, “rihun aqeemun” seolah-olah menjelaskan bahawa Allah tidak berkehendak kaum Aad yang kufur ini meninggalkan zuriat yang kafir sama seperti kaum Nuh.

4. Apa hikmah Allah menyebut 7 malam terlebih dahulu dan mengkemudian 8 hari dan apa kaitan Al-Fajr dengan bangsa Iram yang memiliki tiang-tiang dalam surah Al-Fajr ?

5. Tahukah kita beberapa elemen bijaksana dan “sosiologi” nya seorang Rasul apabila mengaitkan istighfar dengan hujan turun dan tubuh badan kaum Aad akan diperkasakan lagi ?

6. Apa babak paling unik yang menyebabkan ada surah dinamakan surah Hud ? Adakah ada babak yang pelik membabitkan Nabi Hud dalam surah Hud sehingga kelihatannya berbeza dari 9 surah lain mengenai perjuangan baginda ? 

7. Mengapa Thamud dan Aad kelihatan berjiran sahaja dalam al-Quran dan apa kaitan secara geografi dan lingustik dengan kaum Quraisy ?

8.....
9.....
10....
11....
12.....

Akhir sekali saya menegaskan pada peserta bahawa usrah ini hanyalah ICE BREAKING sahaja kepada mereka untuk lebih mendalami ibrah kisah nabi Hud ini. Jangan sekali-kali berpada dengan usrah ini untuk mengetahui ibrah kerana usrah ini TIDAK SEMPAT menyinggung keindahan kalimah demi kalimah yang digunakan Allah pada kisah nabi Hud alahissalam.

Akhirul kalam, saya membawa peserta kepada menghargai al-Quran yang diturunkan kepada kita sedangkan ia tidak turun kepada kaum nabi Nuh yang beriman atas bahtera. Maksud saya, bayangkan betapa dahsyatnya penceritaan saksi-saksi utama banjir besar itu kepada anak cucu cicit mereka terkemudian yang tidak sempat menyaksikan peristiwa besar itu. Namun apabila semakin lama ia diceritakan dan dipindahkan dari generasi ke generasi, tinggal satu persoalan terpenting, adakah cerita asal dari yang menyaksikan sendiri berjaya dipindahkan secara total dan “original” kepada cicit keempat dan seterusnya seperti kaum Aad ? PASTI ADA BEZA CERITA DARI SAKSI UTAMA DENGAN YANG BUKAN SAKSI UTAMA, SEKADAR MENDENGAR SAHAJA. MAKA AKHIRNYA menjadilah kisah Nuh dan bahtera yang masih kelihatan pada waktu itu sebagai “old story” kaum Aad. 

Untungnya kita, kita tidak perlu susah mencari orang yang usianya mungkin 4,000 yang masih hidup hingga sekarang sejak dari atas bahtera Nuh atau sejak dari mereka “survive” dari puting beliung kaum Aad. Kita hanya perlu membelek Al-Quran, YANG MAHA HIDUP, YANG MAHA MENYAKSIKAN telah merakamkan kesemuanya untuk kita. Namun syarat penting untuk menonton semual filem sejarah ini adalah KEFAHAMAN BAHASA ARAB yang tinggi atau kemampuan merujuk asatizah atau kitab tafsir yang menekankan keindahan bahasa Al-Quran pada menggambarkan secara REAL sesuatu mesej atau peristiwa yang mahu digambarkan. Sehingga seolah-olah pembaca tidak perlu dengar dari sesiapa pun lagi kisah kaum itu, cukuplah ALLAH SENDIRI yang memberitahu kita kerana DIA MENYAKSIKAN PERISTIWA ITU, BAHKAN DIA SENDIR YANG MENGATURNYA. 

 

Syaari Ab Rahman
“Ibrah Perjuangan Nabi Hud”
OUM Wangsa Maju, 7 Ramadhan 1437H

Home Artikel Terdahulu Aktiviti IPTC Anjur Seminar Percuma Ibrah Nabi Hud