Kenali Syaari Ab. Rahman

 

 

SYAARI AB. RAHMAN, anak kelahiran Tumpat, Kelantan merupakan pengarah urusan dan jurulatih sepenuh masa di syarikat milik beliau sendiri, Ibrah Paradigm Training & Consultancy sejak diwujudkan pada bulan Mei 2011. Beliau merupakan trainer bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dengan sijil tauliah bernombor TTT/3891. 

Beliau mula menggilap potensi dirinya dalam bidang kepimpinan dan kejurulatihan sejak di bangku Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Beliau kini berpengalaman lebih dari 6 tahun dalam dunia latihan dan motivasi dan merupakan ahli berdaftar di bawah Pertubuhan Perunding Latihan Dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).
 
Antara rancangan televisyen yang pernah beliau dijemput untuk ditemuramah adalah TV 3 dalam Rancangan "Positif", Astro Oasis dalam rancangan "Salam Muslim" dan TV Al-Hijrah dalam segmen “Assalamualaikum” . Ustaz Syaari merupakan panel tetap sejak tahun 2012 di segmen "Ibrah" Radio IKIM.fm.
 
Pengalaman luas belajar dan mengembara di bumi Turki, Mesir, Jordan, Syria, UK, Ireland, Singapura, Indonesia telah menyebabkan beliau dilantik sebagai salah seorang “Mursyid” dalam Raudah Mawaddah Travel and Tours untuk ziarah ilmiah ke Istanbul. 
 
Beliau juga penulis buku bestseller “Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh” dan "Berfikir Gaya Al-Fateh" terbitan PTS Milennia. 
 
Graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Sastera Arab dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan kini sedang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Tafsir Al-Quran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
 
Beliau juga merupakan kolumnis tetap "Akademi Syabab" Majalah Gen Q terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd
 
Beliau telah mendirikan rumahtangga hampir 6 tahun dengan Puan Nurul Suhadah Haji Shuib, buat masa ini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Fatih dan Fatihah.
 
Kenali beliau dan pemikiran beliau dengan lebih rapat di website peribadi beliau, www.iskandarfateh.com atau email peribadi ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Home Syarikat Kenali Syaari Ab. Rahman